Kami bina aset digital yang kami sendiri gunakan

Horuz Technology Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2023 di Kajang, Selangor dengan satu tujuan: membantu bisnes tempatan Malaysia bersaing secara digital tanpa perlu bayar harga agensi besar.

Cerita kami

Horuz tidak bermula sebagai agensi. Ia bermula dengan website cuci karpet yang kami bina sendiri dan ranking di Google sehingga menjana pendapatan pasif. Kemudian kami membina website untuk bisnes pembersihan dan ekzos yang kami sendiri terlibat — dan melihat sendiri bagaimana SEO, WhatsApp dan kandungan yang betul menukar pelawat kepada pelanggan.

Hari ini, kami membawa pendekatan yang sama kepada bisnes lain: website custom yang laju, SEO yang jujur dan, tidak lama lagi, sistem CRM yang membantu bisnes mengekalkan pelanggan mereka.

Pengasas

Zharif Adam ialah pengasas dan pengarah Horuz Technology. Beliau mempunyai pengalaman memimpin pemasaran dan pembangunan perniagaan peringkat serantau Asia Tenggara dalam industri kewangan dalam talian, serta mengusahakan beberapa bisnes tempatan sendiri — gabungan yang memberi perspektif pemasaran berskala besar dan realiti menguruskan bisnes kecil.

Maklumat syarikat

Nama: Horuz Technology Sdn. Bhd.
No. pendaftaran SSM: 202301027438 (1521361-H)
Ditubuhkan: 18 Julai 2023
Lokasi: Kajang, Selangor
Kawasan servis: Lembah Klang & seluruh Malaysia (atas talian)
Emel: admin@horuztechnology.com

Nak tahu kenapa pesaing anda lebih tinggi di Google?

Kami semak website, Google Business Profile dan kata kunci anda — percuma, tanpa ikatan.

Dapatkan Audit Percuma →